Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hadist tentang Kristian Masuk Islam





Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatu. Para pembaca yang budiman, salah satu dari 101 Hadist Lengkap Beserta Pembahasannya lengkap dengan Link Download Kumpulan Hadist Lengkap yang saya kemas dalam link Download 101 Hadist Lengkap Beserta Pembahasannya pada postingan saya sebelumnya adalah Hadist tentang Kristian Masuk Islam.
 
Hadist tentang Kristian Masuk Islam
Hadist tentang Kristian Masuk Islam
Memenuhi permintaan para pencari informasi terutamanya tentang link download kumpulan hadits shahih lengkap, link download kitab hadits pdf, link download hadits untuk hp, hadits shahih bukhari lengkap, hadits bukhari mp3, hadits bukhari lengkap, download aplikasi hadist lengkap untuk laptop, aplikasi hadits untuk pc offline, kumpulan hadist tentang kehidupan, hadist hadist pendek, hadist menuntut ilmu, hadist tentang cinta, hadist tentang sholat, hadist tentang sabar, hadist kebersihan, kumpulan hadits dan link download hadist lengkap maka pada kesempatan ini saya akan membagikan 101 Hadist Lengkap Beserta Pembahasannya yang dapat diunduh melalui link download 101 Hadist Lengkap Beserta Pembahasannya ini saya sampaikan dan saya bagikan Hadist tentang Kristian Masuk Islam.

Berikut adalah Hadist tentang Kristian Masuk Islam
……………………………………………………………………………….
KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM BERKAT MEMULIAKAN ASYURA'


Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari 
kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. 

Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."

Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"
Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. 

Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.

Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?"
"Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.

Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!"
Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja."

Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. 

Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"
Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"

bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.

Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."

Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."
Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

……………………………………………………………………………….

Download Hadist tentang Kristian Masuk Islam
Untuk unduh Hadist tentang Kristian Masuk Islam ini silakan anda klik tautan dibawah ini:

Demikian Hadist tentang Kristian Masuk Islam yang saya lengkapi dengan link Download Hadist tentang Kristian Masuk Islam yang dapat saya bagikan pada kesempatan ini semoga bermanfaat.

Download Selengkapnya




Berlangganan via Email