Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hadist tentang Kejujuran Saudagar Permata





Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatu. Para pembaca yang budiman, salah satu dari 101 Hadist Lengkap Beserta Pembahasannya lengkap dengan Link Download Kumpulan Hadist Lengkap yang saya kemas dalam link Download 101 Hadist Lengkap Beserta Pembahasannya pada postingan saya sebelumnya adalah Hadist tentang Kejujuran Saudagar Permata.

Memenuhi permintaan para pencari informasi terutamanya tentang link download kumpulan hadits shahih lengkap, link download kitab hadits pdf, link download hadits untuk hp, hadits shahih bukhari lengkap, hadits bukhari mp3, hadits bukhari lengkap, download aplikasi hadist lengkap untuk laptop, aplikasi hadits untuk pc offline, kumpulan hadist tentang kehidupan, hadist hadist pendek, hadist menuntut ilmu, hadist tentang cinta, hadist tentang sholat, hadist tentang sabar, hadist kebersihan, kumpulan hadits dan link download hadist lengkap maka pada kesempatan ini saya akan membagikan 101 Hadist Lengkap Beserta Pembahasannya yang dapat diunduh melalui link download 101 Hadist Lengkap Beserta Pembahasannya ini saya sampaikan dan saya bagikan Hadist tentang Kejujuran Saudagar Permata.

Berikut adalah Hadist tentang Kejujuran Saudagar Permata
……………………………………………………………………………….
KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA


Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi. 

Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. 
Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?" 
Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham." 

"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi. 




"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham." 

Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, 

"Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi. 

"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba memper tahankan bahawa dia dipihak yang benar. 

Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri." 
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan. 

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i) 

……………………………………………………………………………….

Download Hadist tentang Kejujuran Saudagar Permata
Untuk unduh Hadist tentang Kejujuran Saudagar Permata ini silakan anda klik tautan dibawah ini:

Demikian Hadist tentang Kejujuran Saudagar Permata yang saya lengkapi dengan link Download Hadist tentang Kejujuran Saudagar Permata yang dapat saya bagikan pada kesempatan ini semoga bermanfaat.

Download Selengkapnya